Thursday, 2 May 2013

Keburukan Soya Bean~~~


Okayh! Hari ni sha nak update info tentang kebukuran SOYA! 
Korang tau tak rupa sebenar soya? Dia kacang tauu~~ *hulur gambar kacang soya* heheh 




 Haa.. Ni la rupa kacang soya!! Sha pon baru tengok gambo ni.. Terima kasih kepada Uncle sha sbb bantu sha.. 




1.   Mengandungi asid phytic yang tinggi. Asid phytic merupakan sejenis bahan anti-nutrien yang menghalang penyerapan zat dan mineral yang penting untuk badan kita terjejas seperti kalsium, magnesium dan zink . Implikasinya, zat makanan yang kita makan setiap hari tidak akan memberi manfaat kerana tidak diserap oleh tubuh kita.

2.   Mengandungi hemaglutinin yang mengakibatkan sel darah berkumpul dan bercantum sesama sendiri.
Mengandungi goitrogen yang melemahkan fungsi tiroid. Ia mengakibatkan peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

3.   Kebanyakan soya adalah Genetically Modified Food (GMO), yakni untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan kuantiti pengeluarannya bagi tujuan pertanian. Malah kandungan racun perosak sangat tinggi.

4.   Mengandungi natural toxin yang tinggi iaitu antinutrien atau antizat yakni perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses pencernaan menyebabkan kembung perut dan kekurangan asid amino yang mana akan menjurus kepada kerosakan pankreas. Ia juga boleh merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Disebabkan unsur antinutrient, syarikat pengeluar berusaha untuk menyahkannya pada akhir proses, dengan membawanya dalam beberapa siri chemical process termasuk membasuhnya dengan asid dalam tangki aluminum. Kesan serapan aluminum ke dalam soya adalah sangat tinggi. Toxic heavy metal aluminum dalam tubuh badan boleh membawa kepada penyakit nyanyuk.

5.    Mengandungi bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen pada wanita. Bahan ini dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak (minda) dan tulang. Bahan kimia ini juga, jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development yang mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang (melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan). Ia juga kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya. Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari.

6.   Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia yang mengagumkan. Susunan ini merupakan komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.

7.   Soya juga mempunyai satu susunan yang paling menarik iaitu satu chemical bernama isoflavone. Isoflavone merupakan sebatian kimia yang dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Walau bagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

8.   Namun, bukan semua makanan yang berkaitan dengan soya adalah tidak baik. Tempe dan kicap (soy sauce) adalah selamat dan baik untuk kesihatan. Ini kerana tempe dan kicap telah melalui proses penapaian. Soya ini cuma tidak elok dimakan secara mentah (fresh) apatah lagi jika telah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar terutamanya). Tetapi, bagi sesetengah produk soya seperti tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

=========================================================
Walaupun ramai yang cakap soya ni baik.. Bagus utk kesihatan la apa la.. Tapi, ada jugak keburukan dia kan? Hmmm.. 

Nak minum boleh, tapi JANGAN selalu.. Kalau dah jarang2 minum.. Janganlah bila sekali hadap korang minum 3 liter terus.. Hehehe.. 

Sha tak suka sngt minuman yang ada pertalian darah dengan susu.. Sebab sha akan rasa loya kalau minum banyak.. Huhu.. Dulu, kalau pegi kedai makan, WAJIB order Milo Ais.. Sekarang Teh O Ais.. Sbb Teh O Ais takde susu.. Teh Ais/Milo Ais ada susu.. Hehe.. Ok lah.. Korang fikir lah sendiri.. Sama ada nak percaya atau tak dengan info yang sha bagi ni.. ^_^

Kulit sensitif? Kenapa?


Kulit Sensitive??!! 

Oh! Tidak!!!!




Tak boleh pakai sembarangan produk kecantikan atau skincare seperti orang lain?????


Info :


Kulit sensitive akibat drpd toksin di dalam badan yg terkumpul dan tidak keluar sepenuhnya melalui proses detoksifikasi.. 


Cara : 


Minum air yg banyak.. Sedikit sebanyak akan membantu megurangkan masalah kulit senstive. 


If u have a sensitive skin : 


Use a gentle, alcohol-free, fragrance-free & hypoallergenic skin mosturiser ok! 


Korang perlu minum air yang banyak utk detoksifikasi.. If korang jenis kurang minum air.. Tapi nak detox.. Korang boleh try 2Be Gorgeous Fiber.. Ok? By the way, air putih tu baik utk kesihatan.. Free! Tak perlu duit!  ^_^

Wednesday, 1 May 2013

Natural Tips


Sha senaraikan beberapa bahan semula jadi yang bermanfaat untuk kita! 


NO CHEMICALS! 

NATURAL 201% !

Aloe gel : remedy for burns

Natural Moisturizer : Avocado, Honey


Blackheads : Nuts

Smooth skin : Coconut Milk, Yogurt, Oatmeal

Skin Cleanser : Yogurt

Skin Pores : Honey, Nuts

Skin Nourishment : Milk

Skin scrub : Fenugreek seeds

Dry Skin : Olive oil

Soft Skin : Oranges , Lemons, Pineapple, Vinegar

Skin Bleach : Yogurt, Honey, Oranges , Lemons, Pineapple

Dark circles under eyes and wrinkles : Cucumber, Nuts

Astringent : Honey, Oranges , Lemons, Pineapple

Skin Conditioner : Egg white for normal and oily skin, Egg yolk for dry skin



Kalau tak faham, copy pastu paste kat SINI .. Hehe.. Bukan sha perli ke apa ke.. Just nak bantu.. Kot la tak faham beberapa perkataan.. Boleh la Uncle sha bantu korang.. Ok ya? Selamat mencuba ^^

TIPS : Kulit Berseri - Seri







Scrub wajah 1 atau 2 kali seminggu! 

Info : Scrub membantu untuk membuang sel kulit mati dan membuat wajah lebih berseri! 


note : (Elak scrub wajah lebih 2 kali seminggu kerana ia akan membuat kulit anda menjadi nipis dan sensitive)

Bahan bahan yang diperlukan : 


  •  Tomato 
  • Garam Halus 
  • Minyak Zaitun (jika mahu) 

Cara penyediaan : 


  1. Potong tomato kepada 2 bahagian
  2. Campurkan dengan garam halus 
  3. (tambah sedikit minyak zaitun jika mahu). 
  4. Jadikan ia sebagai scrub. 


Mineral dalam garam akan membantu eksfoliasi kulit secara natural. :)


SELAMAT MENCUBA! ^.^

Letakkan Korang Punya Blog Ok~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...