Saturday 4 May 2013

Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

Jom baca kebaikan mandi sebelum subuh.. Kepada yang tatau subuh tu apa.. 
Subuh = awal pagi.. 


Time to take a bath! ^_^



Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.

Masalah ini terjadi atas beberapa sebab, antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas untuk bangun waktu subuh.

Kebaikan Mandi Sebelum Subuh
  • Mandi awal pagi bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan. Malah mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh merupakan antara amalan Rasululah SAW. Antara manfaat mandi awal pagi ialah: 
  • Melancarkan peredaran darah 
  • Jika peredaran darah lancar maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. 
  • Kulit lebih lembut dan halus 
  • Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus. 
  • Meningkatkan kesuburan
  • Tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Justeru, dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita. 
  • Mengurangkan risiko darah tinggi
  • Insyaallah jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit ini akan berkurangan. Jangan lupa diiringi doa juga. 
  • Mengurangkan tekanan serta tenang 
  • Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya. 
  • Meningkatkan sel darah putih 
  • Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih. Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun meningkat.

Haa.. Banyak manfaat/kebaikannya kan? So, apa lagi? Bangun awal pagi besok, terus masuk toilet.. Simbah air laju2.. hahaha.. Grrr grr grrr *ketar



Korang? Tolong sha Klik Sini jap! Please!!! 

No comments:

Letakkan Korang Punya Blog Ok~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...