Saturday, 11 May 2013

Pemakaian Tudung Yang Sesuai

Okayh! Today, sha nak berkingsi sikit dengan korang tentang Pemakaian Tudung Yang Sesuai Ikot Bentuk Wajah! Chekidautzz~~


♥ Bentuk wajah jenis OVAL
Mereka yang memiliki bentuk jenis ini sememangnya bertuah kerana hampir semua jenis tudung sesuai untuk wajah jenis ini. Mereka yang berwajah bujur bebas memilih jenis tuduung yang mereka suka.
♥ Bentuk wajah jenis ROUNDBagi mereka yang berwajah round atau tembam dan berisi dibahagian pipi. Anda harus berhati-hati dalam memilih tudung yang sesuai. Tudung yang dipilih mestilah tidak menampakan anda lebih kelihatan tembam.
Jika memilih untuk memakai tudung jenis Awning, pastikan awning tudung dari jenis panjang sehingga hampir kerahang pipi. Tudung awning jenis pendek sangat tidak sesuai dipakai kerana akan menonjolkan lagi pipi anda yang tembam.
Jika hendak memakai selendang , cara pemakaian yang betuh adalah dengan tidak memakai selendang terlalu ketat dan lipat sedikit dibawah tulang rahang pipi anda supaya menampakkan bentuk wajah lebih bujur.Bahagian atas (dahi ) hendaklah di bentuk menjadi bentuk bujur dan jika boleh pastikan selendang tadi tidak melekap di dahi anda.

♥ Bentuk wajah jenis LONGBagi mereka berwajah panjang , jika anda bijak menyembunyikan kelemahan tersebut orang lain akan menyangka anda berwajah bujur. Bagaimana? Bahagian atas tudung memainkan peranan yang sangat penting bagi menukar bentuk wajah panjang anda menjadi lebih bujur. Cara paling mudah untuk menyembunyikan adalah dengan memakai inner atau tudung jenis melekap dan tutup dahi anda agar tidak kelihatan terlalu luas. pastikan anda tidak menutup pipi anda kerana pipi memainkan peranan penting untuk membuat ilusi wajah tidak terlalu panjang. Tarik kebelakang tudung anda rapat betul2 dibawah rahang pipi dan tonjolkan rahang pipi anda.percayalah anda pasti berjaya menyembunyikan bentuk sebenar wajah anda.

♥ Bentuk wajah jenis DIAMOND
Mereka yang berjawah diamond biasanya lebih lebar diantara pangkal rahang dan tulang rahang kelihatan lebih menonjol dan bahagian dagu agak rata.Tidak dibenarkan memakai selendang jenis kebelakang , turban kerana tulang rahang anda akan lebih kelihatan. Disarankan untuk memakai tudung jenis selendang,. kerana selendang mampu menyembunyikan bentuk rahang anda yang tertonjol tersebut.


Harapnya membantu lah ye.. Hehe.. :) Bye~~ 

No comments:

Letakkan Korang Punya Blog Ok~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...